Friday, 29 January 2016

dah lama tak update dekat sini bukan bererti diri ini bahagia tetapi semakin kritikal.Berusaha untuk jadi yang terbaik.Cuba menjadi lebih positif.Setiap kekurangan aku tabah jadikan ia benda yang positif sekurangnya aku mempunyainya.Walaupun susah tapi aku berusaha jugaAsyik kena kritik.Semakin lama rasa semakin susah.Susahnya jadi nur fatin atira ni.Aku cuba kuatkan diri.Terkurung dalam sangkar ini.Berusaha kuat untuk mencapai cita-cita walaupun amat kurang dalam alatan canggih yang terkini seperti gadjet.Asyik diketawakan oleh kawan-kawan.Dikritik kerana hanya mempunyai telefon bimbit yang biasa saja.Wang juga tidak mencukupi.Amanah yang perlu dipenuhi membeli barang dapur.Setiap assignment aku pperlu menahan perut untuk memprint 4 helai assignment lecturer.Bawa bekal.Bangun awal pagi usaha untuk membawa bekal kerana tidak mempunyai wang.Makan makanan yang sekadar mampu.Ditertawakan.Senyum penuh tabah.Walaupun orang pandang hina aku berusaha untuk tersenyum juga.Kuatlah fatin.Sekarang masa untuk kau bersabar dan positif terhadap semua perkara walau semua perkara kau lalui dengan susah.Bersabarlah.Wang menjadi kayu ukur dalam hidup aku.Susahnya orang asyik pandang rendah dalam setiap perkara.

Sabarlah hati...Kuatlah iman dan taqwaku...

Hari ini merupakan hari yang agak membuatkan aku susah untuk membuat keputusan.Semakin hari dugaan itu datang makin tiba dalam keadaan yang tidak terduga.Sakitnya jiwa.Bila hati sudah sakit segalanya menjadi susah dan payah.Dimanakah penuntut keadilan untukku...Semakin hari air mata ini semakin mudah untuk mengalir dan tumpah untuk sesuatu yang remeh.Bukan kerana pembawaan anak tetapi menyedari bahawa  hidup ini tak seindah seperti yang diharapkan...Bila kita menjadi seorang prasangka baik...orang akan mengambil kesempatan atas segala yang kebaikkan kita.Dihina dan dimaki sudah menjadi rempah ratus dalam hidupku...Hati ini berbicara jikalau aku tidak memilih jalan ini sudah pastinya anak-anakku tidak perlu menempuhi jalan yang susah ini...Begitu sukar untuk aku melangkah...Sesenang dan sesedap hati mereka menilai nilai sebuah kehidupan seseorang..Aku benci dengan segala yang aku tempuhi ini sekarang...Segalanya bagai tidak terluah dan terpaksa aku menelan kepahitan penderitaan itu...Bukan ini yang aku impikan untuk ank-anakku...Cuba untuk menjadi kuat...Menangislah sekarang...telanlah kepahitan itu kerana aku tahu akan menguatkan aku....Mencuba dan terus mencuba...untuk keluar daripada sebuah kehidupan yang menyakitkan ini...Berapa banyak air mata  lagi untuk aku titiskan dan pengorbanan yang harus aku lakukan untuk menjadi insan yang kuat...Puaskah hati mereka memaki hamun dan menghina orang lain...dakah pengorbanan ini mampu membayar semua detik indah yang hilang untuk bersama anakku....Alnagkah bagusnya jika waktu itu tidak pernah datang...Aku ingin bergerak dan berjalan diatas paksi perjalananNya sahaja...Hati ini tidak meredhai kesilapan yang telah berlaku...Terlalu perit untuk menelan setiap bait perkataan .Hinaan demi hinaan orang lemparkan.Untuk apakah kesilapan ini ditangisi dan dikesali...Kehidupanku kini tetap jua harus dijalani....Takdir telah menetapkan perjalanan ini harus berliku dan aku bersikap pasrah...Lemah benar hati ini dengan dugaan dan kasih sayangMu...Dalamnya sebuah hikmah dugaanMu itu belum lagi aku terokai lagi...tetapi...aku sedang menelan sesuatu yang tidak bisa ditelan orang lain.Jika ini takdirMu...Aku redhaaaa untuk kuat dan hadapinya sebaik mungkin...Jika air mata ini mampu mengganti kebahagiaan anak-anakku ambillah Ya Allah..Jadikan aku orang sentiasa tabah dan redha dengan setiap dugaanMu...Ya Allah ,jika masalah kewangan yang membelit diriku ini sekarang dugaan daripadaMu,aku ikhlas untuk menghadapinya...Jika tangisan dan juga rintihan ini mampu untuk melegakan setiap kekurangan anak-anakku dan menjadi asam garam hidupku dan ada zarah untuk anakku tersenyum untuk setiap pengorbanan dan juga keputusan yang akan melukakan hatiku gantilah ia dengan kegembiraan dalam hidup mereka dan jkurniakanlah rahmat kepada mereka anak-anakku kasih sayangMu yang melimpah ruah seluas langit dan bumi.Bahagiakanlah mereka dan jadikanlah dunia persinggahan ini kampung halaman yang penuh dengan pahala untuk mereka kumpul dan menjadi hambaMu yang taat.Aminnn...

Thursday, 22 October 2015

masih mencari sinar diri.....

Rindu amat rindu.Ibu mana-mana pun semestinya merindui anaknya yang kejauhan yang sentiasa berada dalam jagaanNya.Aku berharap dan meminta agar anakku sentiasa terbela nasibnya.Tidak seperti aku.Walau diri ini sentiasa berada ditempat tercorot hati ini dan batin ini sekadar bertahan.Segalanya musnah.Semua orang menuding jari.Memandang hina.Benar kesalahan ibu bapa tidak terletak kepada anaknya.Tapi nasib ku berbeza.Aku berharap ankku tidak menjadi  sepertiku.Hilang tempat bergantung.Setiap hari mencuba untuk menjadi yang terbaik akhirnya kalah jua dengan semua orang yang menghina dan sentiasa mematahkan semangat.Cuba untuk berdiri dan bertahan cuma.Tak tahu berapa lamakah akan bertahan sebegini?
Perit memng perit melepaskan sesuatu yang aku dambakan selama ini sebagai seorang ibu.Impian musnah.Berkecai.Masa lalu tak dapat diputar lagi.Menyesal memang menyesal tapi ini yang terbaik untuk anakku.Aku ingin berhijrah pergi jauh tapi masih lagi menjadi seorang penakut.Manusia yang dulu yakin dengan Allah swt kini menjadi lemah dengan duniawi.Aku tak ingin menjadi manusia yang kalah.Aku tidak mempunyai sokongan.Dari dalam sudut jiwa dan hati kecilku berkata bahawa Allah itu ada dan akan sentiasa dekat.Aku masih belum berani menempuhi jalan itu.Belum berkeyakinan lagi.Belum tahu lagi bila aku akan melangkah ke alam yang akan mengajar  erti dewasa itu.Ujian adalah tarbiyah.Aku masih lagi di tmpat yang sama.Was-was untuk ditarbiyah oleh ujianNya.
Aku nak pulang kembali kepada Pencipta pun semakin hari aku hilang arah tujuan.Seolah manusia terus menghina aku.Aku belum bisa untuk menggerakkan diri ini kembali bersujud padaNya.
Alangkah malunya diri ini.Diri ini kerdil.Tak mampu nak mengambil  keputusan.Setiap langkah mesti dihamburkan dengan kata yang menghinakan.
Siapalah aku untuk berjalan dimuka bumi Mu ini?Sering tergelincir.Semua tidak kena.Kehidupan aku menjadi lagi susah.Terseyum walaupun orang menghina memaki hamun bangun pagi.
Aku berharap ankku akan sentiasa berada dalam iradatNya.
Redha mama sentiasa berada bersama kakak.Walaupun mama tidak sempurna tapi mama tak mahu bertemu dan berpisah banyak kali dengan kakak.Hati mama terguris dan terluka disetiap kali itu.Disinilah medan mama meluahkan rasa.Tiada yang sudi mendengar luahan rasa mama.Mama terlalu kerdil.Kalau kakak dah besar nanti kakak carilah blog mama ini.Disini segala rindu yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata mama hanya luahkan dengan setiap perkataan.Walaupun tidak dapat menukar perkataan ini menjadi suatu hakikat memeluk dan membelaimu sayang anakku,tapi mama tetap bahagia melihat kau disana bahagia.Walaupun kekurangan rasa keibuan ini tapi mama sentiasa menatap merindui,ingin sekali membelaimu.

Mama harus kuat dan tabah untuk kehidupan ini.Mama akan  cuba ubah hidup kita.Mama berjanji untuk menjadi pejuang dibumi MU ALLAH.Tetapkan hatiku kepada Mu sentiasa.Ajar aku cara nak berjalan walaupun susah.Ameen.

Saturday, 26 September 2015

HARI INI HARI KEDUA AKU MENINGGALKAN ANAKKU DI KUANTAN.HATI INI BEGITU SAYU DAN RINDU.MAMA TERPAKSA UNTUK MELAKUKANNYA DARIPADA MEMBIARKAN KAKAK MENAGIH KASIH SEORANG AYAH.MAMA BUKANLAH SEORANG YANG TABAH TAPI MAMA MENCUBA UNTUK MENJADI SEORANG YANG KUAT.MAMA RINDU PADA BUAH HATI MAMA.HARI MAMA BEGITU SURAM TANPA ANAK MAMA.BERSABAR SAYANG.PASTI BAHAGIA ITU MILIK KITA NANTI.MAMA SEDANG DILEMA DENGAN APA YANG NENEK DAN IBU SAUDARA KAKAK NASIHATKAN MAMA.PELAJARAN BEGITU PENTING.SEKARANG MAMA BEGITU MENGIDAM UNTUK MEMELUK KAKAK.RINDU HANGAT TUBUH KAKAK.ANAK MAMA YANG MAMA CINTAI.NYAWA MAMA SANGGUP MAMA HADIAHKAN UNTUK KAKAK.MAMA RINDU KAKAK.BELAJAR BAIK-BAIK DAN BAWA DIRI DENGAN BAIK.DOA MAMA SENTIASA ADA UNTUK KAKAK.MAMA SAYANG KAKAK DAN CINTAI KAKAK DUNIA DAN AKHIRAT.MAMA SENTIASA AKAN DOAKAN SUPAYA ALLAH SWT SENTIASA MENJAGA MU WAHAI ANAKKU.PERMATA SYURGA YANG DITURUNKAN DARIPADA ILAHI UNTUK MAMA DAN PAPA.KASIH SAYANG ALLAH SENTIASA AKAN MELIMPAH RUAH UNTUKMU SAYANGKU.KITA AKAN BERTEMU DAN BERSUA MENEMUI RASA CINTA YANG ABADI DALAM JANNAH NANTI.MAMA DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK MAMA.LOVE YOU ,SAYANG.

Friday, 31 July 2015

mentang-mentang aku tiada apa-apa sesenangnya manusia memanipulasi hidup aku.Senang je aku ditindas dan dimaki hamun.Semua salah aku.manusia mana la yang akan datang dan selamatkan aku daripada situasi macamni?orag mudah untuk menekan aku.Adakah sepatutnya aku pergi sekarang?pergi mencari tempat yang orang akan menerima akuseadanya.dimana tempat seorang ibu?

Friday, 17 July 2015

Hati ii semakin sakit kerana dia.Semakin hari hanya tahu menyakiti diri ini.Ini sudah kali ketiga dia memukul aku.Dia membuatkan aku merasa seperti insan tidak berguna dalam hidupnya.aku hanya ingin sebuah keluarga.Setiap permintaan aku ditolaknya mentah-mentah.Seolah aku ini tiada perasaan.Hati ini semakin sakit dan bertindak diluar jangkaan apabila aku sendiri me

Monday, 11 August 2014

ma kena kuat.

hari nima belajar nak jadi kuat da meninggalkan orang yang ma sayangi.