Thursday, 22 October 2015

masih mencari sinar diri.....

Rindu amat rindu.Ibu mana-mana pun semestinya merindui anaknya yang kejauhan yang sentiasa berada dalam jagaanNya.Aku berharap dan meminta agar anakku sentiasa terbela nasibnya.Tidak seperti aku.Walau diri ini sentiasa berada ditempat tercorot hati ini dan batin ini sekadar bertahan.Segalanya musnah.Semua orang menuding jari.Memandang hina.Benar kesalahan ibu bapa tidak terletak kepada anaknya.Tapi nasib ku berbeza.Aku berharap ankku tidak menjadi  sepertiku.Hilang tempat bergantung.Setiap hari mencuba untuk menjadi yang terbaik akhirnya kalah jua dengan semua orang yang menghina dan sentiasa mematahkan semangat.Cuba untuk berdiri dan bertahan cuma.Tak tahu berapa lamakah akan bertahan sebegini?
Perit memng perit melepaskan sesuatu yang aku dambakan selama ini sebagai seorang ibu.Impian musnah.Berkecai.Masa lalu tak dapat diputar lagi.Menyesal memang menyesal tapi ini yang terbaik untuk anakku.Aku ingin berhijrah pergi jauh tapi masih lagi menjadi seorang penakut.Manusia yang dulu yakin dengan Allah swt kini menjadi lemah dengan duniawi.Aku tak ingin menjadi manusia yang kalah.Aku tidak mempunyai sokongan.Dari dalam sudut jiwa dan hati kecilku berkata bahawa Allah itu ada dan akan sentiasa dekat.Aku masih belum berani menempuhi jalan itu.Belum berkeyakinan lagi.Belum tahu lagi bila aku akan melangkah ke alam yang akan mengajar  erti dewasa itu.Ujian adalah tarbiyah.Aku masih lagi di tmpat yang sama.Was-was untuk ditarbiyah oleh ujianNya.
Aku nak pulang kembali kepada Pencipta pun semakin hari aku hilang arah tujuan.Seolah manusia terus menghina aku.Aku belum bisa untuk menggerakkan diri ini kembali bersujud padaNya.
Alangkah malunya diri ini.Diri ini kerdil.Tak mampu nak mengambil  keputusan.Setiap langkah mesti dihamburkan dengan kata yang menghinakan.
Siapalah aku untuk berjalan dimuka bumi Mu ini?Sering tergelincir.Semua tidak kena.Kehidupan aku menjadi lagi susah.Terseyum walaupun orang menghina memaki hamun bangun pagi.
Aku berharap ankku akan sentiasa berada dalam iradatNya.
Redha mama sentiasa berada bersama kakak.Walaupun mama tidak sempurna tapi mama tak mahu bertemu dan berpisah banyak kali dengan kakak.Hati mama terguris dan terluka disetiap kali itu.Disinilah medan mama meluahkan rasa.Tiada yang sudi mendengar luahan rasa mama.Mama terlalu kerdil.Kalau kakak dah besar nanti kakak carilah blog mama ini.Disini segala rindu yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata mama hanya luahkan dengan setiap perkataan.Walaupun tidak dapat menukar perkataan ini menjadi suatu hakikat memeluk dan membelaimu sayang anakku,tapi mama tetap bahagia melihat kau disana bahagia.Walaupun kekurangan rasa keibuan ini tapi mama sentiasa menatap merindui,ingin sekali membelaimu.

Mama harus kuat dan tabah untuk kehidupan ini.Mama akan  cuba ubah hidup kita.Mama berjanji untuk menjadi pejuang dibumi MU ALLAH.Tetapkan hatiku kepada Mu sentiasa.Ajar aku cara nak berjalan walaupun susah.Ameen.

No comments:

Post a Comment