Rindu amat rindu.Ibu mana-mana pun semestinya merindui anaknya
yang kejauhan yang sentiasa berada dalam jagaanNya.Aku berharap dan meminta
agar anakku sentiasa terbela nasibnya.Tidak seperti aku.Walau diri ini sentiasa
berada ditempat tercorot hati ini dan batin ini sekadar bertahan.Segalanya
musnah.Semua orang menuding jari.Memandang hina.Benar kesalahan ibu bapa tidak
terletak kepada anaknya.Tapi nasib ku berbeza.Aku berharap ankku tidak menjadi
sepertiku.Hilang tempat bergantung.Setiap hari mencuba untuk menjadi yang
terbaik akhirnya kalah jua dengan semua orang yang menghina dan sentiasa
mematahkan semangat.Cuba untuk berdiri dan bertahan cuma.Tak tahu berapa
lamakah akan bertahan sebegini?
Perit memng perit melepaskan sesuatu yang aku dambakan selama ini
sebagai seorang ibu.Impian musnah.Berkecai.Masa lalu tak dapat diputar
lagi.Menyesal memang menyesal tapi ini yang terbaik untuk anakku.Aku ingin
berhijrah pergi jauh tapi masih lagi menjadi seorang penakut.Manusia yang dulu
yakin dengan Allah swt kini menjadi lemah dengan duniawi.Aku tak ingin menjadi
manusia yang kalah.Aku tidak mempunyai sokongan.Dari dalam sudut jiwa dan hati
kecilku berkata bahawa Allah itu ada dan akan sentiasa dekat.Aku masih belum
berani menempuhi jalan itu.Belum berkeyakinan lagi.Belum tahu lagi bila aku
akan melangkah ke alam yang akan mengajar erti dewasa itu.Ujian adalah
tarbiyah.Aku masih lagi di tmpat yang sama.Was-was untuk ditarbiyah oleh
ujianNya.
Aku nak pulang kembali kepada Pencipta pun semakin hari aku hilang
arah tujuan.Seolah manusia terus menghina aku.Aku belum bisa untuk menggerakkan
diri ini kembali bersujud padaNya.
Alangkah malunya diri ini.Diri ini kerdil.Tak mampu nak mengambil
keputusan.Setiap langkah mesti dihamburkan dengan kata yang menghinakan.
Siapalah aku untuk berjalan dimuka bumi Mu ini?Sering
tergelincir.Semua tidak kena.Kehidupan aku menjadi lagi susah.Terseyum walaupun
orang menghina memaki hamun bangun pagi.
Aku berharap ankku akan sentiasa berada dalam iradatNya.
Redha mama sentiasa berada bersama kakak.Walaupun mama tidak
sempurna tapi mama tak mahu bertemu dan berpisah banyak kali dengan kakak.Hati
mama terguris dan terluka disetiap kali itu.Disinilah medan mama meluahkan
rasa.Tiada yang sudi mendengar luahan rasa mama.Mama terlalu kerdil.Kalau kakak
dah besar nanti kakak carilah blog mama ini.Disini segala rindu yang tidak
dapat diluahkan dengan kata-kata mama hanya luahkan dengan setiap
perkataan.Walaupun tidak dapat menukar perkataan ini menjadi suatu hakikat
memeluk dan membelaimu sayang anakku,tapi mama tetap bahagia melihat kau disana
bahagia.Walaupun kekurangan rasa keibuan ini tapi mama sentiasa menatap
merindui,ingin sekali membelaimu.
Mama harus kuat dan tabah untuk kehidupan ini.Mama akan cuba ubah hidup kita.Mama berjanji
untuk menjadi pejuang dibumi MU ALLAH.Tetapkan hatiku kepada Mu sentiasa.Ajar
aku cara nak berjalan walaupun susah.Ameen.