Monday, 11 August 2014

ma kena kuat.

hari nima belajar nak jadi kuat da meninggalkan orang yang ma sayangi.

Sunday, 20 July 2014

hurmm..sesuka hati orang nak memperlakukan nur fatin.sampai bila nak macam ni.Mimpi dan impian tak sama.Sedarlah dan bangunlah daripada mimpi.Tak da prince charming dalam hidup ini.Aku ingin menjadi seorang yang kuat untuk anakku.Tak da orang yang sayang dia selain diriku.Semakin ku menginjak hari.Aku semakin buntu.
       Hari ini aku belajar satu benda insyaallah Allah ada sentiasa pada hambaNya yang sentiasa mendekatkan diri padaNya.Adakah aku semakin jauh daripadaMu?Tapi jangan Kau abaikan anugerah yang kau berikan kepadaku ini.Aku tak berdaya Ya Allah.Tak da sesiapa yang mahu berkongsi keberatan ini..
      Semua yang aku impikan disaat aku mengandung semuanya mimpi belaka.Dimana lelaki yang bergelar suami menemani malam dan susah senang isterinya?Ingin sekali aku merasai tangannya di perutku dan mengalukan ayat-ayat al-quran untuk anakku.Itu semua hanya mimpi belaka.Semuanya hanyalah khayalan.Anakku bukan sah taraf dia pun.Buat ape dia nak ambil tahu tentang diriku dan anakku.
           Berhantilah berkhayal fatin.Cukuplah dengan apa yang kau rasakan sekarang ni.Tiada siapa yang mengerti akan semua yang kau tanggung.Insyaallah mungkin dengan kehadiran bayi ini semuanya  akan menjadi  lebih baik.Amin.Berhentilah air mata dari terus mengalir laju.

Tuesday, 15 July 2014

Today my besday.Hurmmm hambar mcm biasa.smpai bla im must be like tis.Xpnah org brlaku adil utk insan brnama nurfatin.Terasa seperti bermimpi harapan yang palsu.Rasanya xmaw lagi tidur untuk bermimpi indah hakikatnya yang sebenarnya pedih.
Hari ini aku sedar aku hanya melukut ditepi gantang sampai bila pun hakikat itu takkan berubah.Berubahlah fatin teruskan berjalan dengan tabah.Tersenyumlah even hati sakit.Larilah jika terus disakiti oleh orang lain.
Tak ada hakikat yang boleh berubah.Senyum hari ini.Kedukaan dalam hati tiada siapa yang tahu.Semua orang suka melihat aku dalam kedukaan menelan kepahitan.Mereka tak pernah suka melihat aku gembira.Jika senyuman yang aku lemparkan pastinya tangisan yang diharapkan oleh mereka terpapar diwajahku.
Terima kasih Allah kerana menyedarkan aku daripada mimpi.Selalu aku melupakan MU.Bagaimana ingin aku mengejar dunia yang tak henti-henti menindas ku.Kuatkanlah hati hambamu ini selalu.Kuatkan hati ini berada di atas taliMu.Jagalah daku ya Allah.Kuatkan daku.Pimpinlah daku.
Aku sedar hari ini bahawa pengorbanan ku tak pernah memberi apa-apa erti untuk mereka.Mereka hanya ambil kesempatan atas kelembutanku.
Hari ini Nur Fatin nak bangun dan terus kuat.Allah sentiasa memegang dia dan memberi kerahmatan terhadap dia.Rahmati jugaklah anakku ini.Jangan biar dia kekurangan kasih sayangMU...Cukuplah dia menerima tempias atas kekhilafan ku.Ampuni aku Ya Allah.Berikan aku kekuatan.Pimpin aku ke jalan MU dengan penuh keredhaan.Kurniakanlah anak ini sebagai qurantul ayyun bagi sesiapa yang melihat dia dan jugak simpatilah dengan nasib dia.Tabahkan anak ini ya Allah.Dialah satu-satunya anakku.Berikan kami kekuatan untuk menempuhi hidup ini.
"Impianku ingin sekali melihat seseorang berkorban masa dengan ku untuk mengingati tarikh lahirku.
Menemani ku dengan seikhlas hatinya.Tidak mengira masa dan tempat.Dia jujur untuk meluangkan masa dan berkorban untuk melihatku tersenyum.Memberi hadiah yang penuh bermakna.Menemaniku.Menghiburkanku.Menerimaku dalam hidupnya seadanya.Dimanakah lelaki seperti ini?Adakah dia tak wujud lagi?Atau sekadar mimpi indah yang takkan pernah menjadi kenyataan?"
         Bangunlah Fatin.Dia tak wujud dan takkan pernah wujud.Buka mata dan lihatlah sekeliling.Tersenyumlah walau hati terluka.Janji Allah itu pasti.Berpeganglah padaNya.Dia takkan sesekali mengecewakan dirimu.Yakinlah dengan Dia berbading si dia yang palsu.

Thursday, 10 July 2014

penatnya jd nurfatin ni.brmcm dgaan dn skit yg hrus dtmpuhi.nurfatin ini sdrian brsma anknya.xda spa yg ksah tntg dia.umpma dia brjln diats mka bmi ini sdri.xda sspa mnmni kciali hya skit dn kta2 m

Wednesday, 9 July 2014

agaknya siapa la yang tak mahu mempunyai kehidupan yang indah?sekali tersilap dosa tu tak mampu untuk berpatah balik.
idaman ku:
mempunyai suami disisiku.
semuanya hanya angan belaka.bibir ini tak mampu lagi nak tersenyum.siapa yang mampu tersenyum dikala hati ini perlu dibaluti dengan kasih sayang tapi hanya luka yang membalut dan menjerut diri.
sakitnya rasa.
tak mampu nak berdepan masyarakat lagi.cemuhan dan hinaan masih belum mencukupi lagi untuk membasuh dosa ini.
bagaimana untuk aku harus menjadi kuat jika sebenarnya aku meme=ang dah tewas dari awal.
kenangan indah langsung menjadi punah.
kuatlah hati menanggung semua dugaan ini.
tabahlah hati menerima cercaan manusia.

Friday, 4 April 2014

Semalam terjadi moment yang kurang menyenangkan.Adakah hati ini perlu terus untuk mempercayainya?I'm feel that i' not must trust him anymore.What i feel now.Really hurt when you give chance but he betrayed you.Susah dah mencuba untuk membuka hati ini.Tapi aku masih cuba.Adakah ini suatu paksaan atau kerelaan diriku sendiri.Aku mencuba dan terus mencuba.Tapi hasil yang aku dapat tak seperti yang aku cubakan.Semakin aku memberi harapan dan pelung semakin banyak dia menyakiti hatiku.
"Orang cakap cinta memberikan ketenangan.Hati yang resah menjadi tenang.Gundah gulana menjadi suatu yang sepi kerna pantas diatasi.kesedihan bukan lagi peneman hidup.Benarkah kegembiraan akan ada dalam hati seorang wanita yang bergelar kekasih?Realiti apa yang cuba diberikannya?Senangnya dan mudah sekali untuk menyakiti tubuh ini dan perasaan ini.Sejauh mana keikhlasan yang selalu diungkapkan.Pantaskah semua itu dibayar dengan hanya kekerasan dan keganasan.Adakah kehinaan yang patut diberikan disaat hati terluka?Tiada gunakah rasa kasih dan sayang itu?Palsukah semua yang aku uba curahkan?Sakitnya hati.Malam-malam yang pastinya tenang masih belum bisa menjanjikan sebuah tidur yang nyenyak.Aku yang dulu kuat kini menjadi seorang yang pengecut.Oh Tuhan,aku menangis hampir setiap malam dan hari.Tak siapa yang tahu dan dengar rintihan hati.Bodohkah aku mempercayainya?"
Setiap kali kemaafan dan kebaikkan yang aku hulurkan dimatanya langsung tidak berharga.
             Ya,Allah kuatkan hatiku.Dan cepatkanlah hilangkan aku dari matanya dan hatinya  sebagaimana dia menganggap aku tidak berharga pada dirinya.Aku mohon agar hati aku terus tertutup dari mengenali lelaki lagi.Cukuplah luka ini.Aku berharap luka ini akn sembuh suatu hari nanti.Dan harga kemaafan ini akan menjadi lebih bernilai dan berharga.

Monday, 10 February 2014

ya Allah...ujian atau apakah ini semua...aku keliru

hari ini ular memasukki rumahku...masih terngiang-ngiang lagi dan masih kekal diingatan aku  tanda digangu atau ada kaitan dengan jin.ya ALLAH...aku memohon agar dikuatkan dengan kalimah MU dengan segala ujian yang KAU berikan dan redhakanlah hati ini untuk menerimanya.hidupku selalu da kaitn dengan ular sejak dari kecil sampai sekarang.pelbagai mimpi aneh yang kualami mengenai ular sejak kecil.aku keliru dengan srmua yang berlaku.peristiwa tengah hari tadi membuatkan aku teringat disaat waktu pagi aku melihat ada selingkaran ular di hujung kakiku disaat aku bangun 
tidur.aku merasa takut.akhir sekali ular itu tidak dijumpai hilang sebegitu sahaja.peristiwa aku dipatuk ular berulang kali bila aku tinggal diasrama dan juga peristiwa aku tak mampu bernafas baru-baru ini.apa kaitan semua ini.aku juga selalu bermimpi disetubuhi oleh orang yang aku sayang dalam diam.apakah sebenarnya semua ini.yang lebih mengejutkan apabila aku disahkan mengandung bila menggunakan pregnancy test.yang memelikkan aku adalah apabila hubungan seks ini hanya berlaku sekali selebihnya aku seting bermimpi dan terngiang bahawa fulan ini ingin menghapuskan aku.aku terkena angin itu bila aku datang kemas rumah dia.dia takkan pernah membuatkan aku bahagia dengan lelaki ini.dia janji untuk menyakiti dan menjauhkan kamo dengan apa cara sekali pun.adakah disebabkan pertembungan antara pelindung ibuku atau memang dia memang ingin menghanxurkan aku....aku sedar segalanya telah tertulis dilauh mahfuzh.ya ALLAH berilah aku kekuatan tunjukkan aku jalan.sampai sekarang aku masih belum mendapatkan hikmat pakar.setengah daripada dieiku sekarang agak lemah untuk melakukan solat dan perkara yang baik,zikir juga telah kurang bermain dibibir ini.aku memerlukan sesorang yang bolrh membantuku untuk membuang srgalanya ini.aku buntu sekarang.ibuku pulak sekarang merasa sesuatu apabila aku ingin keluar dari rumah.terdapat satu tanda tanya mengenai diriku.kepada sesiapa yang boleh membantu aku silakan kerana aku smakin merasa penat dan juga lemsh akhir2 ini.aku petnah mensengar bahawa dalam darah anak adam ada mengalir bersamanya iaitu sysitan...ALLAHUALLAM...sila betulkan jika salah.uang aku ingin sekarang adalah sembuh dari segala semua ini.AMIN...

Saturday, 8 February 2014

aku sedar kini...

aku masih lagi terasa lagi apa yang orang lakukan padaku.masih lagi terasa setiap keperitan yang aku rasakan.adakah aku langsung tidak dibenarkan mrmilikki kebahagiaan seperti orang lain???mengapa aku tak bisa  mrrasai sesuatu yang indah??aku menginginkan sesuatu yang indah.bagi mereka aku hanyalah seorang yang suka bermimpi dan berangan-angan.payahnya hidup ini.seakan sedang mentertawakan aku dengan impian aku.seolah aku yodak layak memilikki sebuah kebahagiaan.hidupku sering dikasari kadang-kadang hanya kerana benda remeh.akukah yang salah?hurm senang mereka menyimpulkan tentang kehidupan ku.aku nersyukur dengan segala yang diberikan.aku tidak pernah meminta lebih.bagiku apa yang ada sudah mencukupo.us ALLAH,benarkah apa yang ku rasakan kimi?keinginanku lu untuk mengekalkan bayi ini.aku merasa perit atas srtiap dosa-dosa yang ku lakukan.bimbinglahku kali ini jalan yang benar.aku akan tinggslkan segala ysng menyakitkan aku .serasa diri ini lemah lagi.aku ingin kadi kuat dan tabah.agar aku mampu untuk mengharungi hidup ini.orang suka menghukum aku.aku redha ya ALLAH.kali ini aku berharap kekuatan yang kuat dan istiqamah dalam perjalanan hidupku kali ini.tabahkan hati ini.aku tak layak untuk dia dan dunianya.dan aku redha kuatkan aku ya allah.jika hati ini menangis tabahkanlah kuatkanlah.aku berserah hidupku padaMU.segala yang baik dan buruk akan ku tempuhi dengan sinar iman dan takwa.

kuatkanku tuhan...

hidupku sebenarnya indah namun dibutai dengan materialistik yang semakin hari menjerat hidupHidupku suatu masa dahulu indah...aku senyiasa membasahi lidah ini dengan zikrullah...padaNYA selalu aku memohon dan memberitahu segala rasa dalam hati ini.Akhirnya ,aku tertewas dan tunsuk pada nafsu dan juga bertunjangkan materialistik dan nafsu.aku mencari keindahan untuk hidup berkeluarga kerana aku takut sesuatu apa-apa yang berlaku kepada abangku akan terhadi padaku.kini semuanya telah berlaku kerana kenaifan dan hidup yang bertunjangkan nafsu.aku lemah lemas berada dalam situasi yang amat mrnyakitkan.aku meneruskan perjalanan hidup ini apabila aku terus menerus membiarkan hidup ini menjadi zalimi diri dan mrmbiarkan orang menzalimi diriku.cinta yang kudambakan daripada seorang insan lelaki yang kusabgkakan ikhlas cuma hanya meletakkan aku dalam keafaan yang lebih menghinakan...bagiku dirinya baik namun diri ini selalu dijadikan mangsa korban dirinya atas kepentingan diri sendiri.aku mrnangis air mata darah sekali pun belum tentu dapat mmbasuh luka ini.yanggal 28 jan lalu dia memukulku...tangisan dan rayuanku tidak memberi sedikit kesan pun tethadap dirinya.YA ALLAH ,aku memohon ketenangan dan pertolongan atas segala dosa yang ku lakukan selama ini...hamba sedar selama ini hamba telah banyak melakukan dosa dan berpaling dari segala yanh hak...aku merindui MU kini lebih daripada sebelum ini  ....aku memohon agar dikuatkan untuk membesarkan anakku ini dalam keadaan yang tidak lengkap dan sempurna.aku redha ya,ALLAH atas segala ketentuan yang kau berikan ini.aku mohon agar diberikan kekuatan dan redha serta rahmatMU.aku insaf dengan segala dosa yang ku lakukan selama ini.Permudahkanlah perjalanan hidup hamba yang kekurangan ini dan hamba memohon keampunan kerana diri hamba yang khilaf dan hidup bertunjangkan dengan nafsu.permudahkanlah untuk hamba kuat dan menjalani hidup ini dengan sebaik mungkin peluang yang kau berikan pada hamba yang khilaf ini...amin.