Tuesday, 15 July 2014

Today my besday.Hurmmm hambar mcm biasa.smpai bla im must be like tis.Xpnah org brlaku adil utk insan brnama nurfatin.Terasa seperti bermimpi harapan yang palsu.Rasanya xmaw lagi tidur untuk bermimpi indah hakikatnya yang sebenarnya pedih.
Hari ini aku sedar aku hanya melukut ditepi gantang sampai bila pun hakikat itu takkan berubah.Berubahlah fatin teruskan berjalan dengan tabah.Tersenyumlah even hati sakit.Larilah jika terus disakiti oleh orang lain.
Tak ada hakikat yang boleh berubah.Senyum hari ini.Kedukaan dalam hati tiada siapa yang tahu.Semua orang suka melihat aku dalam kedukaan menelan kepahitan.Mereka tak pernah suka melihat aku gembira.Jika senyuman yang aku lemparkan pastinya tangisan yang diharapkan oleh mereka terpapar diwajahku.
Terima kasih Allah kerana menyedarkan aku daripada mimpi.Selalu aku melupakan MU.Bagaimana ingin aku mengejar dunia yang tak henti-henti menindas ku.Kuatkanlah hati hambamu ini selalu.Kuatkan hati ini berada di atas taliMu.Jagalah daku ya Allah.Kuatkan daku.Pimpinlah daku.
Aku sedar hari ini bahawa pengorbanan ku tak pernah memberi apa-apa erti untuk mereka.Mereka hanya ambil kesempatan atas kelembutanku.
Hari ini Nur Fatin nak bangun dan terus kuat.Allah sentiasa memegang dia dan memberi kerahmatan terhadap dia.Rahmati jugaklah anakku ini.Jangan biar dia kekurangan kasih sayangMU...Cukuplah dia menerima tempias atas kekhilafan ku.Ampuni aku Ya Allah.Berikan aku kekuatan.Pimpin aku ke jalan MU dengan penuh keredhaan.Kurniakanlah anak ini sebagai qurantul ayyun bagi sesiapa yang melihat dia dan jugak simpatilah dengan nasib dia.Tabahkan anak ini ya Allah.Dialah satu-satunya anakku.Berikan kami kekuatan untuk menempuhi hidup ini.
"Impianku ingin sekali melihat seseorang berkorban masa dengan ku untuk mengingati tarikh lahirku.
Menemani ku dengan seikhlas hatinya.Tidak mengira masa dan tempat.Dia jujur untuk meluangkan masa dan berkorban untuk melihatku tersenyum.Memberi hadiah yang penuh bermakna.Menemaniku.Menghiburkanku.Menerimaku dalam hidupnya seadanya.Dimanakah lelaki seperti ini?Adakah dia tak wujud lagi?Atau sekadar mimpi indah yang takkan pernah menjadi kenyataan?"
         Bangunlah Fatin.Dia tak wujud dan takkan pernah wujud.Buka mata dan lihatlah sekeliling.Tersenyumlah walau hati terluka.Janji Allah itu pasti.Berpeganglah padaNya.Dia takkan sesekali mengecewakan dirimu.Yakinlah dengan Dia berbading si dia yang palsu.

No comments:

Post a Comment