Sunday, 20 July 2014

hurmm..sesuka hati orang nak memperlakukan nur fatin.sampai bila nak macam ni.Mimpi dan impian tak sama.Sedarlah dan bangunlah daripada mimpi.Tak da prince charming dalam hidup ini.Aku ingin menjadi seorang yang kuat untuk anakku.Tak da orang yang sayang dia selain diriku.Semakin ku menginjak hari.Aku semakin buntu.
       Hari ini aku belajar satu benda insyaallah Allah ada sentiasa pada hambaNya yang sentiasa mendekatkan diri padaNya.Adakah aku semakin jauh daripadaMu?Tapi jangan Kau abaikan anugerah yang kau berikan kepadaku ini.Aku tak berdaya Ya Allah.Tak da sesiapa yang mahu berkongsi keberatan ini..
      Semua yang aku impikan disaat aku mengandung semuanya mimpi belaka.Dimana lelaki yang bergelar suami menemani malam dan susah senang isterinya?Ingin sekali aku merasai tangannya di perutku dan mengalukan ayat-ayat al-quran untuk anakku.Itu semua hanya mimpi belaka.Semuanya hanyalah khayalan.Anakku bukan sah taraf dia pun.Buat ape dia nak ambil tahu tentang diriku dan anakku.
           Berhantilah berkhayal fatin.Cukuplah dengan apa yang kau rasakan sekarang ni.Tiada siapa yang mengerti akan semua yang kau tanggung.Insyaallah mungkin dengan kehadiran bayi ini semuanya  akan menjadi  lebih baik.Amin.Berhentilah air mata dari terus mengalir laju.

No comments:

Post a Comment